Siapa Kata Dengan RM3000 Anda Tak Boleh Buat Majlis Perkahwinan ?

LANGKAH 1 :

Buat kiraan jemputan yang bakal anda jemput dan jemput keluarga terdekat sahaja. Tujuan supaya tak terjadi belanja luar bajet dalam poket .

LANGKAH 2 :

Pilih tarikh majlis bukan cuti Sekolah dan juga Cuti Umum .

LANGKAH 3 :

Jika ada sedara mara atau keluarga terdekat boleh memasak ,sebaiknya baik rewang . Jika tak ada orang tua-tua yang boleh memasak , anda boleh tempah katering , tapi buat menu biasa sahaja . Jika perlu buat majlis nikah belah asar supaya tak perlu sediakan makanan yang berat .

LANGKAH 4 :

Jika punyai keluarga rapat yang mampu cuba buat group family dan bertanyakan untuk ada ke sesiapa antara kalangan ahli keluarga yang nak menyumbang dari segi kewangan dan juga barang .

LANGKAH 5 :

Untuk persalinan pengantin beli sahaja baju kurung biasa dan baju melayu yang biasa , di tempat yang  mampu milik , supaya anda tak terover bajet bila menempah baju .

LANGKAH 6 :

Make Up Pengantin cuba bertanyakan rakan terdekat untuk tolong anda .

LANGKAH 7 :

Untuk doorgift bagi sahaja bentuk makanan buah ke telur ke dan tetapkan bajet .

Leave a Comment

Your email address will not be published.