Wahai wanita janganlah cari lelaki yang terlalu sempurna, tetapi pilih lah lelaki yang telah bersedia untuk wahai wanita janganlah cari lelaki yang terlalu sempurna, tetapi pilih lah lelaki yang telah bersedia untuk tanggungjawab menjadi seorang suami. Kebahagiaan seseorang bukan terletak kepada tingginya nilai hantaran yang diberikan.
Kebahagiaan seseorang bergantung kepada pasangan masing-masing. Baiknya awak, inshaa Allah, baiknya jugalah bakal jodoh anda. Oleh itu, jangan hanya menilai kesungguhan seorang lelaki hanya dari wang hantaran sahaja. Kita tidak tahu apa yang mereka lalui untuk menghalalkan kita.
Nak cari calon suami pastikan anda kenali ciri-ciri ini agar dia dapat melaksanakan peranannya sebagai suami sekali gus memberi kebahagian untuk anda.
- Bertanggungjawab
Setiap lelaki perlu ada rasa tanggungjawab dalam diri untuk jadi lelaki yang baik dan sempurna. Adalah amat penting unti dia bertanggungjawasb dalam semua perkara seperti pekerjaan serta tanggungjawabsebagai anak dan sebagainya.
2. Merendah Diri
Mereka tidak bersifat angkuh dan sentiasa merendah diri. Selain itu, untuk mengetahui sesorang lelaki itu baik dia tidak akan sesekali memandang rendah pada kemampuan diri anda. Mereka akan memberi sokongan terhadap anda dalam apa sahaja yang anda lakukan dan yakin bahaa anda juga boleh berjaya.
3. Terima Diri Anda Seadanya
Lelaki yang baik akan berusaha untuk memperbetulkan kesilapan anda dan tidak akan sesekali mengubah diri anda yang sebenarnya. Secara tidak langsung mereka akan terima anda seadanya.
4. Saling Membantu
Sekiranya si dia berusaha membantu anda dalam apa jua keaadaan, walaupun hakikatnya agak sukar untuk membantunnya adalah lelaki yang baik. Di samping itu, mereka akan cuba sedaya upaya untuk menenangkan anda dalam apa jua keadaan supaya anda berasa selamat dalam apa jua keadaan. Lelaki yang baik tak akan sesekali mementingkan diri sendiri.
5. Menghormati Orang Tua
Seorang lelaki yang baik akan mentaati kedua ibu bapanya dan akan menghormati orang yang lebih tua daripadanya. Secara tidak langsung sifat ini menunjukkan budi pekerti yang tinggi. Sekiranya di mentaati ibunya, secara automatic dia akan menghormati andasebagai wanita.
6. Bersikap Jujur
Lelaki yang mana sama sekali tidak kisah untuk menasihati, menegur serta menyatakan padangan mereka mengenai orang yang mereka sayang menunjukka mereka merupakan lelaki yang baik. Segalanya akan dibincang bersama sama ada kebaikan ataupun keburukan. Sekiranya ada kesilapan yang dilakukan si dia akan mengaku kesalahannya itu dan akan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut serta berusaha untuk tidak mengulanginya lagi. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu ruang dimana pasangan ada peluang untuk menyurakan pendapat masing-masing.
7. Hormat Anda Sebagai Wanita
Ketika anda dan pasangan berada dalam situasi yang mana berlaku percanggahan pedapat atau peselisihan faham si dia tetap menghormati anda menunjukkan si dia adalah lelaki yang baik. Bahkan dalam apa jua situasi dia tidak akan sesekali merendahkan martabat anda sebagai seorang wanita.
8. Setia
Si dia tidak akan sesekali melupakan diri anda walaupun dia telah berjaya. Segala dorongan dan motivasi yang anda berikan amat mereka hargai.
9. Menghargai Anda
Mereka tahy untuk menilai betapa berharganya diri anda dan tahu untum meberikan sejauh manakah layanan terbaik yang anda perlu terima.Inilah ciri seorang lelaku yang baik.