Suami, Check Ada Tak 5 Kesalahan Ini Anda Pernah Buat Hingga Isteri Sedih & Berjauh Hati

Dalam tak sedar, 5 kesalahan suami terhadap istri ini sering anda terlepas pandang sekaligus merosakkan perkahwinan kalian dan kadang-kadang ia terjadi berulang kali!

Namun percayalah, jika kesalahan suami terhadap istri ini mula dikenali, sudah tentu ia membawa perubahan besar kepada pasangan yang sebenarnya boleh jadi lebih baik dari sebelumnya.

Walaupun 5 kesalahan ini nampak macam “kesalahan kecil” namun jika tidak dibendung dari awal ia boleh menyebabkan kepincangan dalam keluarga hingga merutuhkan hubungan yang dibina!

Oleh itu, usaha dan perbetulkan semula kesalahan anda itu supaya dapat menyelamatkan perkahwinan kalian untuk masa yang mendatang.

Kata ahli psikologi Gloria Vanderhorst, perasaan negatif yang tidak ditangani boleh membawa kepada masalah fizikal dan psikologi kerana tekanan berkembang dalam setiap hubungan atas pelbagai sebab yang berbeza.

Ketika pasangan cuba untuk berbaik tekanan ini mencetuskan kebimbangan dan kemurungan. Berikut adalah beberapa kesilapan suami terhadap istri yang selalu anda buat tanpa disedari.

5 Kesalahan Suami Terhadap Isteri

  1. . Tidak menunjukkan empati :

kesalahan suami terhadap istri, kesalahan suami, kesalahan lelaki, kesalahan lelaki terhadap wanita, kesilapan suami terhadap isteri, kesilapan suami terhadap istri, silap suami, salah suami, salah suami pada isteri. Menurut ahli psikologi, Albert Maslow perasaan empati merupakan keupayaan untuk mengenali dan berkongsi perasaan dengan orang lain. Ia adalah bahagian paling penting dalam hubungan suami isteri.

2. Suka berbelanja secara melulu

Lelaki suka sangat membuat perbelanjaan besar contohnya seperti membeli kereta tanpa terlebih dahulu berunding dengan isteri, kerana bagi suami dia berhak membuat sebarang keputusan untuk dirinya tanpa perlu bertanyakan pada isteri. Padahal, dalam institusi kekeluargaan kesepakatan adalah sangat penting.

3. Mendengar dengan cara yang salah

Suami kena faham, apabila isteri memberitahu ada sesuatu yang mengganggunya, sebenarnya dia inginkan buah fikiran daripada anda. Bukannya sekadar mendengar dan hanya melepaskan keputusan kepada dirinya seorang. Tetapi anda perlu fahami dan menunjukkan minat dengan apa yang diterangkan isteri itu barulah dia rasa gembira.

4. Selalu sembunyikan perasaan

kesalahan suami terhadap istri, kesalahan suami, kesalahan lelaki, kesalahan lelaki terhadap wanita, kesilapan suami terhadap isteri, kesilapan suami terhadap istri, silap suami, salah suami, salah suami pada isteri Ramai lelaki suka menyembunyikan perasaan mereka untuk tidak dilihat sebagai seorang yang lemah. Mereka juga jarang berkongsi emosi dengan isteri dan lebih suka memendamnya seorang diri tanpa pengetahuan isteri. Ini yang boleh menimbulkan salah faham antara suami isteri.

5. Merasa diri terlalu berkuasa

Apabila memegang gelaran ketua keluarga, maka bagi lelaki segala keputusan terletak di tangannya sendiri tanpa campur tangan isteri. Inilah kesilapan suami terhadap istri yang paling ketara hingga membuatkan isteri tersinggung dan berjauh hati.

Kesimpulannya cuba ubah mentaliti dan sikap negatif ini supaya hubungan yang baik bersama isteri dapat dipupuk sehingga ke akhir hayat

Leave a Comment

Your email address will not be published.