Suami Hanya Pinjaman Dunia, Sekiranya Tidak Diambil Tuhan Pasti Diambil Wanita Lain

Pergaduhan itu berpunca dari ego yang timbul dalam diri. Jika ego mula meninggi, hubungan yang kuat sekalipun mampu retak. Komunikasi antara pasangan sangat penting dalam hal ini, dan saling bertolak ansur adalah jalan terbaik.

Sebenarnya , ada beberapa faktor mengapa keretakkan dalam sesuatu hubungan, malah membuatkan hubungan anda dengan pasangan menjadi sangat renggang. Selain diganggu wanita lain, apa agaknya masalah yang menyebabkan hubungan anda dan suami boleh terlerai.

  1. Komunikasi

Kamu terlalu bosan untuk bercakap tentang perkara-perkara kecil kerana merasakan ianya tidak penting. Atau boleh terjadi pada scenario di mana kamu bosan melaporkan setiap aktiviti kepada si dia? Sebagai contoh, kamu perlu report apa yang dilakukan kepada pasangan sama ada menerusi panggilan atau sekadar pesanan ringkas, yang sebenarnya boleh disimpan untuk diceritakan kemudian hari.

2. Rutin Harian

Rutin harian tanpa komunikasi agak rasa janggal dan sunyi, di mana kedua-duanya melakukan hal sendiri. Setiap hari melakukan hal sendiri. Setiap hari melakukan rutin harian yang sama dan rasa hidup berdua itu sangat membosankan. Tiada rasa kemanisan dalam rumahtangga.

3. Tiada Lagi Keseronokan  

Cuba tanya pada diri bila kali terakhir kamu berdua melakukan sesuatu yang menarik? Apabila kita berada dalam hubungan untuk jangka masa yang panjang, cuba lakukan sesuatu untuk  membangkitkan kehangatan agar tidak terkubur. Mungkin kamu boleh rancang percutian, road trips ke tempat yang baru atau adventure, kejutan candle light dinner, apa sahaja yang memberi keseronokan dalam perhubungan.

4. Kamu Rindukan Masa Bujang

Bila kebosanan mula timbul dalam diri, mula teringkatkan waktu bujang dahulu. Terasa rindu hendak keluar dan bersama-sama rakan seperti dahulu. Ini kerana merasakan hidup berumahtangga tiada keseronokkan lagi. Seharusnya anda berusaha untuk memulihkan semula hubungan anda dengan pasangan, bukan semakin menjauh dan mengingati waktu bujang kembali.

5. Masa berdua

Ya menghabiskan masa berdua memang baik tetapi terlalu banyak masa bersama boleh menjadi sesak dan semak. Cuba luangkan masa dengan kawan-kawan atau dengan diri sendiri. Jika, apabila kamu bertemu pada hujung minggu, kamu berdua akan teruja untuk bercakap tentang kehidupan masing-masing, di sinilah kamu berasa seronok untuk tahu aktiviti, perkara baru tentangnya.

Kehidupan selepas berkahwin seharusnya menimbulkan rasa seronok dan untuk mengekalkan rasa cinta itu anda harus berusaha menjadi yang terbaik untuk pasangan. Cuba selesaikan masalah dengan pasangan cara terbaik, bukan lepas tangan dan cuba larikan diri dari masalah.

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.