Umunnya mengetahui bahawa perkahwinan ini membawa maksud penyatu yang paling suci antara lelaki dan wanita, ikatan lafaz cinta yang diungkapkan menjadi penguat sesebuah hubungan. Namun hakikat yang tidak elakkan, langit tidaklah selalu cerah, bertikam lidah atau salah faham pasti akan berlaku. Terpulang kepada pasangan bagaimana untuk menangani perkara ini bagi memastikan masjid yang dibina kekal utuh di dalam rahmat yang maha Esa.
- Komunikasi
Merupakan satu peraturan yang paling penting dalam sesebuah perhubungan. Selalu mendengar masalah atau apa yang cuba disampaikan oleh pasangan anda. Jangan sesekali bersikap ego tinggi disebabkan tidak mahu mengalah, perlu diingatkan bahawa apabila berkahwin hidup bukan lagi hanya tentang anda seorang. Apabila terjadi salah faham cuba selesaikan dengan cara yang baik dan bersikap saling memaafkan.
2. Jujur
Keretakkan sesebuah rumahtangga disebabkan hilangnya kejujuran dalam diri. Disini perlunya ada sikap tulus dan terbuka dalam mengharungi bahtera perkahwinan. Jika ada sesuatu perkara yang dilakukan oleh pasangan anda tidak sukai, maka berterus terang dengan mereka jangan dipendam di dalam hati.
3. Masa Berkualiti
Luangkan masa yang berkualiti bersama dengan pasangan anda. Tidak semestinya meluangkan masa perlu memakan kos yang banyak dengan melancong atau menginap di hotel-hotel mewah sebaliknya di rumah pun boleh menjadi lokasi terbaik untuk meluangkan masa berkualiti. Sebagai contoh , anda boleh menonton filem bersama-sama ataupun mengadakan makan malam yang romantic di rumah.
4. Jangan Pernah Menjerit
Apa yang penting disini adalah tanam sifat hormat di antara satu sama lain. Apabila bertikam lidah, kawal nada suara dan juga perkataan yang keluar daripada mulut anda. Jangan sesekali menjerit antara satu sama lain, kerana ini akan mewujudkan satu tekanan terhadap perhubungan sekaligus menjadikan anda lebih menjauh dengan pasangan. Kadangkala apabila berada dalam keadaan marah, perkara-perkara yang tidak sepatutnya akan terhambur dan akan menyesal selepas itu. Jadi lebih elok untuk cuba mengawal perasaan anda.
5. Belajar Berkompromi
Untuk pengetahuan semua sikap toleransi merupakan satu kunci kebahagian. Jangan hanya pentingkan diri sendiri apabila mebuat keputusan. Dalam setiap perkara yang anda berdua tidak setuju jangn ingat anda perlu selalu menang. Kadangkala mengalah lebih baik dari cuba membuktikan sesuatu. Percayalah dengan belajar berkompromi, anda akan kenal pasangan dengan lebih mendalam dan kasih sayang akan bertambah erat.