Suami Jangan Buat-Buat Lupa, Isterilah Orang Paling Banyak Berkorban

Menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang kita cintai sudah pasti ianya satu pengalaman yang amat luar biasa. Kebahagiaan dikecapai bersama tahun demi tahun. Namun begitu, bukan semua lelaki mampu memahami hati isteri walaupun sudah bertahun-tahun hidup bersama.

Tahukan anda bahawa, ramai isteri diluar sana hanya mampu memendam perasaan sedih , hiba dan tertekan! Berat tanggungjawab menjadi isteri, tambahan lagi jika mempunyai ramai anak. Ketahuilah anda bahawa, isteri anda adalah seorang insan yang sangat hebat.

 Berikut adalah antara pengorbanan isteri yang tidak wajar dipandang remeh oleh suami.

  1. Kesusahan Menempuh Alam Kehamilan

Masa mengandung adalah waktu yang sangat berharga buat seorang ibu, namun ketahuilah bahawa , sangat payah untuk mereka menempuh saat kehamilan.

Awal kehamilan,rasa tak selera, loya, mual, muntah-muntah, diikuti dengan sakit belakang,sukar tidur dan bengkak kaki. Semua ini bukan saja menjejaskan kekuatan fizikal mereka, tetapi juga boleh menjejaskan emosi. Oleh itu, janganlah menganggap mereka mengada-ada, malas atau ‘lembek’ jika mereka kelihatan tidak bermaya.

Dalam tempoh itu juga, ramai isteri yang pergi menjalani check-up bulanan seorang diri dengan alasan suami tak ada masa. Tak apalah kalau tak ada masa, tapi sekurang-kurangnya tunjukkanlah keprihatinan dan bertanyalah tentang keadaan kesihatan isteri dan bayi dengan lebih kerap.

2. Sakit Bersalin Dan Melahirkan

Kesakitan bersalin adalah kesakitan yang begitu sukar digambarkan sampai ada yang sampai fobia dan takut untuk hamil lagi. Malah dalam sesetengah kes, mereka tergolong dalam kategori berisiko dan perlu menjarakkan kehamilan seterusnya. Tapi, ada suami yang buat endah tak endah dan tidak mengambil berat hal merancang kehamilan. Sudahnya, si isteri juga yang perlu menanggung kesakitan seorang diri.

Semasa berpantang juga, isteri terpaksa menggagahkan diri berjaga malam untuk menjaga bayi. Ada suami yang rasa susah bila terpaksa jaga isteri dalam tempoh ini. Nak senang cerita, isteri dihantar berpantang di rumah ibu ayah mereka. Bukan tak boleh, tapi dengan cara ini mungkin suami kurang memahami keperluan seorang isteri.

3. Menyusukan Anak

Mungkin begitulah tanggapan para suami yang tidak  berfikir panjang. Sanggupkah mereka menyusukan bayi 2 jam sekali, menahan diri daripada makan kesukaan dan mengepam secara rutin setiap hari?  Itupun belum masuk melakukan segala persediaan untuk menyimpan stok susu perahan . kalau tak displin, susu badan boleh drop dan bengkak susu boleh terjadi.

Ibu yang menyusukan anak dengan susu badan sebenarnya tak pernah cukup tidur setiap malam. Awalnya memang rasa susah tapi bila sudah menjadi kebiasaan semua itu mudah saja. Sebagai suami, pernahkan anda menemani isteri yang mana bangun tengah malam seorang diri dan awal pagi?

4. Melakukan Hampir Semua Kerja Rumah

Daripada hal mengurus bayi hinggalah urusan makan minum suami, semua kerja ini tak pernah berhenti. Tidak kiralah sama ada isteri seorang surirumah atau bekerja mereka hanya mahu memberi layanan yang terbaik dan memastikan semua urusan dapat berjalan lancar. Semua ini dilakukan tanpa mengira masa dan ramai suami tidak menyedarinya. Bila rumah kemas, tak ada siapa berterima kasih padanya. Tapi, bila ada yang tak kena, mula kedengaran suara-suara.

5. Mengorbankan ‘Me Time’

Bagi individu yang bergelar isteri adalah sangat susah untuk dapat ‘me time’ walaupun 10 minit. Isteri dah tak kenal apa itu hobi dan kenalan lama tak lagi dihubungi.

Semua masa dan tenaga kalau boleh mahu dicurahkan buat anak dan suami. Sekali-sekala, berilah peluang isteri pergi ke kedai atau shopping barang rumah sendiri. Itupun dah rasa macam dapat pergi bercuti.

6. Mendahulukan Kerjaya Suami

Bila anak sakit, isterilah yang selalu minta cuti dan jaga anak di rumah. Bila suami terpaksa berpindah ke tempat yang jauh, isterilah juga individu yang akan mengalah demi cita-cita suami.

Kebanyakkan isteri sanggup tinggalkan semuanya demi melihat suami mereka berjaya. Malah ada yang sanggup menerima tomahan masyarakat sekeliling apabila menjadi suri rumah sepenuh masa..

7. Merahsiakan Kesusahan Daripada Suami

Tak dinafikan semua wanita tidak mahu kelihatan ‘lemah’ di samping suami. Masing-masing tak mahu membebankan suami. Semuanya nak buat sendiri, hantar anak ke sekolah, uruskan makan minun, dan kalau boleh bil-bil pun mahu ditanggung dengan kudrat sendiri.

Di malam hari, mungkin ada yang menangis kerana terlalu letih atau terluka dengan sikap suami. Tapi demi anak-anak, isteri tetap akan bersabar dan berusaha lagi keesokkan harinya, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Sekali sekala suami harus bertanyakan khabar isteri, peluk dan ciumlah dahi isteri selalu. Kepenatan mereka hilang setelah mendapat kasih sayang suami.

Leave a Comment

Your email address will not be published.