Semasa baru berkahwin, tubuh isteri masih langsing dan cantik. Namun selepas melahirkan anak pertama, badan isteri kelihatan semakin membesar hingga membuatkan mereka rasa gelisah kerana bimbang suami komplen! Namun, daripada anda komen yang kurang enak tentang saiz badan isteri, apa kata amalkan cara turun berat badan untuk mereka ini? Ia sekaligus membuatkan isteri berkobar-kobar nak kecilkan badan semula. Walau bagaimanapun, kita tidak dapat nafikan lelaki memang suka wanita yang bertubuh langsing dan berbadan kurus. Bagi mereka, wanita kurus ini nampak lebih seksi dan menawan. Akan tetapi, wanita juga harus menerima hakikat kerana ada sesetengah ibu yang baru lepas beranak akan mendapat kenaikan berat badan dan postur tubuh yang semakin mengembang. Malah kalau nak kembali ke saiz asal pula, anda perlu lebih berdisiplin seperti melakukan senaman, diet yang sihat dan mendapat sokongan sepenuhnya dari suami. Jadi kalau boleh, suami perlu control diri dan tidak memberi reaksi atau komen yang boleh melukakan hati isteri jika bentuk tubuh mereka sudah tidak langsing lagi.
Tapi anda boleh praktiskan cara turun berat badan isteri melalui langkah seperti berikut:
Cara Turun Berat Badan Isteri Selepas Bersalin
- Beri bajet untuk isteri
Kalau nak isteri kekal atau kembali ke tubuh asalnya, apa kata anda sediakan bajet untuk isteri berbelanja di pusat rawatan kecantikan setiap bulan. Biasalah nak cantik tentulah kena keluarkan sedikit modal, kan?
2. Daftar menjadi ahli gymnasium
Seterusnya, anda daftarkan isteri di mana-mana pusat kecergasan gimnasium supaya dia dapat bersenam dengan lebih teratur di samping jurulatih di pusat tersebut. Bahkan, ia bukan hanya buat isteri kelihatan kurus dan cantik tapi turut membantu menguatkan stamina isteri tercinta anda.
3. Bantu menjaga anak-anak
Kalau nak isteri cantik tentulah mereka perlukan masa untuk beriadah di luar jadi sebagai suami anda boleh bantu dengan mengemas rumah, jagakan anak-anak, memasak, melipat kain dan sebagainya. Sekaligus ia mengurangkan bebanan isteri menguruskan rumah setiap hari.
4. Sokongan moral
Selain itu, sokongan moral suami amatlah diperlukan semasa isteri sedang bertungkus lumus menurunkan berat badan. Ini kerana dengan sokongan suami itu, sedikit sebanyak membantu isteri mencapai matlamat untuk kembali kurus langsing seperti dahulu.
5. Masak makanan sihat untuk isteri
Kalau suami mahir memasak, apa salahnya sesekali anda pula sediakan menu sihat untuk isteri. Dengan cara ini juga dapat memberi galakan pada isteri untuk teruskan matlamatnya bagi menurunkan berat badan.
6. Suami sama-sama jaga badan
Kalau nak isteri kurus kembali, apa kata suami juga sama-sama turunkan berat badan supaya hubungan kalian sentiasa sihat. Ingat, jangan gesa isteri saja turunkan berat badan sedangkan anda tidak melakukannya bersama-sama mereka dan ia tentunya tidak adil. Caranya suami juga perlu jaga makan dan bersenam bersama isteri serta anak-anak. Sekurang-kurangnya ia dapat mengelak suami dari buncit di kemudian hari.
Semoga bermanfaat.