Suami Terharu Lihat Pengorbanan Isterinya, Ini 10 Cara Melayan Mereka Dengan Betul

Pengorbanan wanita bergelar isteri memang cukup bermakna buat insan bergelar suami kerana bila adanya isteri, suami lebih bersemangat bekerja demi menyara keluarga cinta. Walau bagaimanapun, pengorbanan wanita ini bukan hanya pada isteri sahaja tapi ibu juga merupakan seorang yang sangat tabah membesarkan anak-anak. Cuba bayangkan kehidupan tanpa ibu? Mungkin kita tidak dapat membesar dengan kasih sayang, bukan? Bahkan, ibu juga seperti superhero yang boleh melakukan segala-galanya. Bermula dari pagi, ibu membanting tulang menguruskan persekolahan kita, menyediakan sarapan, menghantar ke sekolah, mengemas rumah, mencuci pakaian, memasak dan banyak lagi tugas yang dilakukan ibu setiap hari. Meskipun ramai yang berpendapat bekerja adalah tugas yang melelahkan, namun tanpa kita sedar hakikatnya tugas isteri dan para ibu di rumah juga berdepan dengan pelbagai cabaran.

10 Cara Menghargai Isteri Dengan Betul, Suami Patut Amalkan

  1. Sentiasa Memeluk Isteri

Biarpun isteri tidak pernah meminta, tapi sebagai suami, anda harus selalu memeluk dirinya dengan memanjakan mereka supaya dia sentiasa rasa dihargai.

2. Sesekali Bawa Anak Keluar

Meskipun ini nampak mudah, namun pada hakikatnya isteri akan rasa sedikit lega apabila suami mengambil alih tugas menjaga anak buat seketika. Sekaligus ia dapat memberi ruang pada isteri untuk berehat.

3. Ajak Makan Malam Di Luar

Kadang-kadang isteri akan rasa terbeban untuk menyediakan makan malam setiap hari, maka tidak salah jika sesekali suami ajak mereka makan di luar sekaligus dapat mengubat keletihan mereka.

4. Layan Isteri Dengan Baik

Bukan masa bercinta saja perlu layan mereka dengan baik tapi selepas berkahwin sikap ini lebih dipuji bahkan mendapat pahala berlipat ganda.

5. Solat Bersama Isteri

Jadilah imam untuk isteri bersolat setiap hari dan ia boleh membuatkan mereka rasa dilindungi.

6. Pendengar Setia

Setelah pulang dari tempat kerja, luangkan sedikit masa mendengar atau berbual bersama isteri. Dengar apa yang mahu dikongsikan meskipun ia mungkin berkaitan soal anak-anak atau barang dapur yang sudah habis. Bagi isteri, suami adalah individu yang paling dekat dengan mereka.

7. Hargai Isteri

Bukanlah hadiah mahal yang diperlukan, tapi cukuplah anda memberi sedikit penghargaan kepada mereka seperti mengucapkan terima kasih, memberi kucupan mesra, memuji kecantikan mereka dan lain-lain.

8. Keluar Dating

Ya, anda juga boleh mengajak mereka keluar dating seperti menonton wayang. Tentu ia membuatkan mereka teruja.

9. Menghormati Diri Mereka

Jangan sesekali memperkecilkan atau perlekehkan mereka kerana setiap kata-kata yang keluar dari mulut anda mungkin boleh mengguris perasaan isteri. Tapi lontarkan kata-kata yang lebih berunsur motivasi dan semangat supaya dia tidak rasa terhina.

10. Minta Maaf

Akhir sekali, tidak salah jika suami mulakan dulu untuk memohon maaf bahkan ia tidak mencalarkan ego dan kelakian anda. Bahkan ucapan maaf itu sangat besar bagi sesebuah perhubungan suami isteri kerana setiap manusia tidak dapat lari dari berbuat salah.

Leave a Comment

Your email address will not be published.