Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru kahwin.
- Tidak menguruskan hutang
Memang bunyinya tidak sedap didengari, tetapi hakikat ini tidak boleh ditolak. Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Tidak dapat dinafikan bahawa wang antara punca yang paling kerap menjadi punca kepada pergaduhan dalam rumahtangga (sehingga membawa penceraian). Jadi mengurus kewangan dengan cara bijak antara perkara utama.
Apa yang wajar dilakukan : Beterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang peribadi yang anda anda, kerana baik atau buruk anda sudah pun berkahwin. Langkah yang bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa hadapan.
2. Menyingkirkan Kawan
Tidak dapat dinafikan kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan mereka.
Apa yang wajar dilakukan : Anda sepatutnya jelaskan kepada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting dalam hidup anda. Anda boleh mengundang mereka ke rummah atau sesekali keluar bersama mereka (tanpa pasangan anda) dan jadikannya satu kezaliman walaupun jadual harian anda ketat.
3. Tidak Lagi Menjaga Soal Penampilan Diri Kerana Sudah Selesa
Isu yang lebih ditekankan adalah berat badan yang mana hanya membiarkan berat badan meningkat. tidak dapat dinafikan bahawa pasangan yang baru berkahwin cenderung untuk naik berat badan dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. Hal ini kerana mereka tidak perlu lagi risau mengenainya disebabkan sudah menemui pasangan hidup.
Apa yang wajar dibuat: Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas. Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik.
4. Bergaduh Secara Tidak Adil
Tidak dapat dinafikan apabila sudah berkahwin tidak bermakan anda boleh bertindak secara melulu. Perselisihan faham antara pasangan mudah berlaku, tetapi tidak harus sampai tahap menyimpan dendam. Percaya atau tidak bahawa peraturan untu ‘bergaduh’ dengan adil memang ada.
Apa yang wajar dibuat: Jika berasa marah. Lebih elok keluar rumah untuk waktu seketika dengan alasan untuk meredakan perasaan itu. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir dengan betul dan cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan perubatan yang akan dikesali kemudian hari. Ambil langkah berbaik-baik.
5. Menjadi Terlalu Obses Dengan Langkah Seterusnya – Anak
Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obsess tentang soal anak sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang.
Apa yang wajar dilakukan : Fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikamti kebahagian yang sedia ada bersma-sama. Nikamti saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak.
Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda daripada terlalu obsess.