web analytics
Takde duit nak beli DSLR ?

Sebut je pasal DSLR , pasti semua para pencinta fotografi ingin memilikinya walaupun sebuah . Namun begitu , seperti yang kita tahu harga sebuah dslr sudah mencecah ribuan ringgit . Jadi tak perlu risau kerana kita juga boleh menghasilkan sebuah gambar yang cantik dan menarik menggunakan telefon pintar !

So , harini admin nak share dengan korang cara mendapatkan sebuah hasil yang menarik hanya dengan menggunakan telefon pintar anda :

Perkembangan dunia telefon pintar sejak keluarnya iPhone menyebabkan kamera/DSLR bukan lagi medium utama untuk mengambil gambar. Pegilah ke mana-mana laman perkongsian gambar, majoriti gambar yang dimuat naik adalah dari smartphone.

Salah satu sebab mengapa telefon pintar menjadi popular ialah lebih mudah untuk berkongsi gambar dengan rakan-rakan. Lepas shot, boleh terus upload ke Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.

Kualiti imej yang dihasilkan semakin meningkat, walaupun masih tidak dapat menandingi DSLR terutama bila mengambil gambar dalam situasi “low light”.

But still takda masalah nak menghasilkan gambar yang cantik.

1. Bersihkan Lens

Smartphone biasanya takda lens cap seperti kamera/DSLR. Jadi sebelum shot, ada baiknya bersihkan lens dengan kain yang bersih. Kalau tak gambar akan blur disebabkan minyak/kotoran.

2. Jangan Zoom

Elakkan guna digital zoom. Buruk bebenor gambar kalau guna digital zoom, lainlah smartphone korang ada optical zoom yang saya cukup pasti memang tak wujud lagi smartphone dengan optical zoom. Kalau nak besarkan subjek dalam gambar, lebih baik crop menggunakan photoshop atau mana-mana image editing software.

photo-assistant-apps-header

+ tak perlu komputer untuk buat editing

3. No Flash

Jangan seronok beronok-ronok sangat kalau smartphone korang ada flash sebab flash pada smartphone sangat tak boleh di harap. Lebih banyak mencacatkan dari mencantikkan (red eye & muka nampak berminyak).

Melainkan korang tau macam mana nak “diffuse” atau “bounce” cahaya dari flash. Cuba gunakan night mode. Tapi kena berhati-hati sebab night mode berfungsi dengan menurunkan shutter speed dan gambar mudah blur.

Sumber cahaya ada banyak, lampu, matahari, lampu suluh, lilin. Kalau dah takda pilihan, baru gunakan flash.

4. Gegaran

Tidak seperti kamera/DSLR, telefon pintar biasanya tidak mempunyai stabilizer kecuali  yang high end model. Gambar lebih mudah blur sebab gegaran terutamanya gambar yang diambil pada waktu malam kerana kelajuan shutter secara automatik akan dikurangkan untuk membolehkan banyak cahaya masuk supaya gambar tak underexpose.

5. Setting

Mahirkan dengan setting kamera pada smartphone korang. Sesetengah model membolehkan korang mengawal fungsi tertentu secara manual seperti white balance dan exposure.

600xNx133166_1_600.jpeg.pagespeed.ic.zuurdnkvwZ

+ ada banyak jenis aksesori fotografi untuk telefon pintar

6. Apps

Ada banyak apps yang boleh digunakan untuk menggantikan default apps pada smartphone. Tak perlu install semua, cari yang sesuai ikut gaya fotografi korang.

Contoh Apps: Split Pic, Multi Lens, Big Lens, Manga Camera, Fast Camera & Fish Eye.

7. Aksesori

Aksesori tambahan boleh digunakan untuk mengatasi limitasi yang ada pada telefon pintar. Contohnya korang boleh beli lens tambahan untuk mendapatkan focal length yang berbeza.

8.  Segalanya Komposisi

Komposisi masih lagi penting walau canggih mana pun smarphone yang korang pakai. Cuba tengok contoh-contoh yang ada di internet dan tiru komposisi yang diorang guna. Yup, cara terbaik untuk mahir komposisi ialah dengan meniru.

9. Editing, Jangan Over!

Sangat mudah nak edit gambar dengan smartphone. Kalau dulu kena transfer gambar dari kamera dan edit dalam komputer, sekarang lepas snap boleh terus apply efek-efek atau filter yang ada.

Kebanyakkan apps seperti Instagram membolehkan pengguna memberikan efek yang diingini dengan hanya satu langkah. Bagi mereka yang mahir, apps seperti Snapseed dan Adobe Touch menjadi pilihan.

Satu je nak pesan bila buat editing kat smartphone, JANGAN OVER. Boleh seksa jiwa melihat. Buat ala kadar, sesedap rasa. Boleh?

10. Kongsi & Kritik

Kalau korang serius dalam fotografi, kongsi gambar yang terbaik sahaja. Ingat, mereka yang hebat dalam fotografi pun tak semua gambar yang diambik cantik, ada jugak yang tak menjadi, tapi diorang tak tunjuk kat siapa-siapa. Diorang hanya tunjuk yang terbaik sahaja.

Nak share kat mana? Cari platform yang popular seperti Instagram, Flickr atau 500px. Follow mereka yang korang rasa memang layak dipanggil photographer dan mintak komen. Dari situ boleh belajar banyak dan insyAllah boleh improve lagi.

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.