Takut untuk berkahwin. Ini gangguan yang dipanggil ‘Gamophobia’

Perkahwinan merupakan impian dan cita-cita mereka. Perasaan bahagia dan seronok bersama pasangan tercinta di dunia perkahwinan ini. Maka, ramai orang akan berjuang berhabis-habisan untuk menjadikan dunia perkahwinannya yang terbaik.

Namun, Masih ada lagi bujang tidak berani lagi untuk berkahwin. Ini berlaku berkemungkinan kerana perasaan takut untuk berkahwin dan berpasangan yang sentiasa menyelubungi kehidupan mereka. Perasaan ini bukanlah sesuatu yang biasa. Dalam bab kesihatan mental, perasaan takut atau fobia ini dinamakan sebagai ‘Gamophobia’.

Tanda dan gejala gamophobia

Seorang gamophobia umumnya akan mengalami ketakutan dan trauma apabila  membicarakan perihal komitmen dan pernikahan.

Ternyata, tanda seorang pengidap gamophobia tidak sampai situ saja, seorang pengidap gamophobia juga akan menunjukkan beberapa gejala seperti:

  • Timbul perasaan cemas yang berlebihan ketika memikirkan komitmen atau tentang masa depan dalam pernikahan,
  • Selalu menghindari pembicaraan mengenai pernikahan,
  • Kerap merasa tertekan saat menjalin hubungan,
  • Selalu ingin menjauhi dan melarikan diri demi memutuskan hubungan,
  • Menghindari hubungan yang bersifat serius,
  • Terus memikirkan akan kehancuran hubungan.

Tak sampai situ saja, pengidap gamophibia juga akan menunjukkan beberapa gejala fisik apabila membicarakan pernikahan dan komitmen, seperti:

  • Panik terhadap dalam pernikahan,
  • degupan jantung lebih cepat dan berdebar-debar,
  • Sesak nafas,
  • Produksi keringat yang meningkat,
  • Mual,
  • Pusing hingga pingsan.

Penyebab gamophobia

Penyebab gamophobia sebenarnya berbeza pada setiap orang. Namun, umumnya penyebab gamphobia berasal dari lingkungan dan pengalaman yang Ia alami sendiri. Contohnya, penderita gamophobia pernah melihat ketidakharmonian rumah tangga orang tuanya, sehingga tidak ingin mengikuti jejak mereka.

Tak hanya itu, pernah menjalin hubungan namun mengalami kegagalan juga bisa menjadi penyebab munculnya gamophobia. Rasa trauma yang berlebih ditambah dengan kepribadian sensitif dan kurang berani mengambil risiko, pada akhirnya akan mengakibatkan gamophobia.

Kesan kehidupan anda

Setiap gangguan dan penyakit mempunyai gejala-gejalanya tersendiri. Antara gejala-gejala adalah:

  • Rasa bersalah atau malu kerana takut akan perkahwinan atau komitmen
  • Rasa takut, beban atau bimbang tentang pemikiran perkahwinan atau komitmen yang luar biasa
  • Ketakutan atau panik yang kuat terhadap perkahwinan atau komitmen
  • Kurang kawalan terhadap ketakutan perkahwinan atau komitmen
  • Kesedaran bahawa ketakutan terhadap perkahwinan atau komitmen adalah berlebihan

Ketakutan terhadap perkahwinan atau komitmen berkemungkinan boleh mengganggu kehidupan anda. Sekiranya, ia mengganggu kemampuan anda untuk melakukan hubungan yang normal, berjumpalah dengan doktor. Usaha dan ikhtiar awal memberi peluang terbaik untuk mengatasi fobia dan mendapatkan kembali hubungan anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published.