Tip jimat kos kahwin, tapi meriah.

Mungkin ada diantara anda yang inginkan majlis yang indah dan meriah bukan. Tapi ia memerlukan wang yang banyak hanya untuk raja sehari. Tahukah anda, bahawa terdapat tip jimat kos kahwin tapi tetap meriah. Jadi ini antaranya:

1. Elakkan membuat majlis ketika waktu cuti, hal ini kerana, waktu ketika ini barang mahal. seeloknya buat persiapan dan beli barang perkahwinan lebih awal.

2. Hantaran bunga tiruan, Ini kerana ia lebih murah daripada bunga segar yang kosnya sangat tinggi. tak salah guna bunga tiruan dan jika digubahnya dengan kreatif ia lebih cantik.

3. Khidmat menyewa pakaian lebih murah.Elakkan menempah pakain yang baru. S ekarang ini ada juga perkhidmatan dimana anda boleh menempah pakaian yang baru tetapi cuma sewa sahaja tetapi kos nya masih murah.

4. Buat tempatan perkhidmatan Perkhidmatan tempatan seperti fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. biasanya diskaun hebar akan diberikan.

5. Jangan Tempah kad perkahwinan yang terlalu mahal kerana ingin kad yang cantik, percayalah, tak ramai yang mahu simpan kad kahwin anda buat kenangan.

6. untuk hiburan pula tak perlu mengupah pemuzik, band, kugiran punya bagai. Cuma cukup perkhidmatan DJ yang boleh memainkan CD lagu serta karaoke. lebih meriah dan murah.

7. Tetapkan jumlah tetamu yabg bakal hadir supaya anda dapat rancang bajet perkahwinan dengan baik. hal ini, anda dapat mengira bajet untuk makanan. cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.

8. Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. ada juga diantara kita yang mahu kalah. jadi pandai-pandailah anda belajar merendah diri daripada ego anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published.