Tip Perkahwinan Pada Bakal Pengantin

  1. Ketika cari calon

Seorang lelaki haruslah mencari calon isteri yang bersifat keibuan dan mampu melahirkan zuriat, manakal wanita haruslah memcari calon suami yang bersifat kekeluargaan yang tinggi supaya dapat menjadi bapa untuk anak-anak kelak.

2. Ketika Melamar

Dan beringatlah wahai lelaki, ketika anda mahu melamar  seorang gadis, anda meminta kepada Allah SWT melalui orang tua atau wali si gadis tersebut.

3. Ketika akad nikah

Sebagai muslim, beringatlah anda berdua di hadapan Allah SWT, maka persiapkan diri untuk menguruskan perkahwinan dengan molek dan dituntut islam.

4. Ketika resepi nikah

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maafapabila anda berfikir untuk bercerai kerana mensia-siakan doa mereka.

5. Selama menempuh hidup berkeluarga

Sepanjang alam perkahwinan, tidak semuannya berlalu dengan indah,  tetapi penuh dengan cabaran yang anda perlu lalui.

6. Ketika rumah tangga goyang

Jangan terus memikirkan tentang perpisahan dan perceraian, tetapi peganglah erat tangan bersama untuk mnempuh dugaan perkahwinan.

7. Ketika belum memiliki anak

Inilah peluang untuk kalian berdua mencintai antara satu sama lain secara total.

8. Ketika telahmemiliki anak

Cintailah anak sebagaimana kalian mencintai antara satu sama lain, tetapi jangan kerana anak anda berdua terlupa anda sebenarnya mempunyai pasangan untuk dijaga.

9. Ketika ekonomi tidak stabil

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

10. Ketika ekonomi stabil

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

11. Ketika anda adalah suami

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

12. Ketika anda adalah isteri

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah-lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan

Leave a Comment

Your email address will not be published.