Selalu terbit rasa kasihat pada sahabat-sahabat yang sanggup berikat perut semata-mata mengumpul lebih untuk berkahwin, malah terpaksa tangguhkan tarikh kerana kewangan belum mencukupi.
Kadang nilai yang dikumpul jauh berpuluh kali ganda dari gaji. Dirasakan hampir mustahil untuk mencapai jumlah tersebut.
Chentamanis akan kongsikan beberapa tips untuk kurangkan belanja kahwin atau memudahakn urusan perkahwinan anda.
- Sponsor/ Support
Minta mak ayah, sedara mara, adik-beradik faham yang anda nak langsungkan majlis serba sederhana dan menepati syariah, Bila orang0orang dekat kita faham, insyaAllah mereka akan support malah tolong hulurkan bantuan sedikit.
2. Rancang Perbelanjaan
Sangatlah disyorkan untuk beli barang hantaran ketika adanya SALE sahaja. Disaranakan anda beli barang sederhana sahaja, namun faham-faham sajalah kadang ada rasa nak beri yang terbaik untuk pasangan atau buah hati. Jadi manfaatkan SALE yang ada macam SOGO, JUSCO, PAVILLION. Jangan terperanjat anda dapat jimat hingga 70%. Jika dapat beli awal lagi bagus.
3. Kad kahwin murah
Zaman facebook ramai buat invitation melalui alam maya sahaja. Jimat bayak di sini x perlu keluar sesen pum.. Ada yang hanya fotostat kad kahwin untuk diedarkan pada orang ramai. Walaubagaimana pun, untuk memudahkan mak ayah kita boleh tempah kad kahwin yang cantik-cantik. Tapi jangan ada pula risau takut kad kahwin cantik mahal pula. Ada juga kad kahwin cantik pun ada yang murah,! Boleh dapat dengan harga serendah RM0.10-RM0.15/kpg. Anda Cuma perlu rajin survey di FB dan internet.
4. Catering Harga Berpatutan
Boleh dikatakan sekarang banyak katering yang menyediakan pakej bajet. Maklumlah zaman ekonomi yang serba mencabar. Apa yang boleh dilakukan disini anda boleh cuba dapatkan katering yang mana menyediakan pakej sekali dengan khemah, meja makan dan yang paling penting bersesuai dengan bajet anda.
5. Buat Majlis Nikah & Resepsi Pada Hari Yang Sama
Sekiraya anda mengadakan majlis nikah dan resepsi dalam hari yang sama ianya dapat menjimatkan kos di mana di sini kos yang paling mahal sekiranya buat hari yang berbeza adalah dari segi kos makanan dan lain. Di samping itu, memudahkan saudara mara yang duduk jauh
6. Elak Menempah Busana Perkahwinan
Apa yang anda perlu buat adalah elakkan daripada menempah busana perkahwinan yang baharu kerana khidmat menyewa busana jauh lebih murah.. Lebih baik jika anda menyewa busana pengantin yang termasuk dalam pakej seperti pelamin, dekorasi meja makan pengantin dan lain-lain