Tips Kewangan Sebelum Menyambut Cahaya Mata Pertama

Sudah menjadi lumrah dimana setelah mendirikan rumah tangga, apa yang paling dinanti-nantikan oleh pasangan mahupun keluarga kedua-dua pihak adalah kehadiran cahaya. Dalam kegembiraan menyambut orang baharu dalam keluarga, pasti banyak hal yang perlu disediakan. Ini bermakna perbelanjaan juga makain bertambah.

  1. Belanja Berpada-pada

Perkara ini merupakan perkara yang penting semasa anda menantikan kelahiran kelahiran cahaya mata.  Sudah pastinya setiapa pasangan akan teruja ingin menyambut kelahiran cahaya mata pertama. Setiap ibu bapa pastinua ingin yang terbaik untuk anak mereka.

Namun tidak dapat dinafikan keterujaan itu boleh membawa kepada pembaziran. Apa yang anda boleh lakukan adalah buat senarai barang bayi agar tidak terbeli benda yang tidak penting pula nanti. Lagipun, selalunya cahaya mata sulung, akan banyak terima hadiah dari keluarga serta kenalan rapat yang mana turut berkongsi kegembiraan.

2. Sediakan Tabung Kecemasan

Lebih elok sekiranya anda menyediakan simpanan yang dapat menampung kos perbelanjaan selama 3-6 bulan  yang mana ingin menampung kos perbelanjaan. Hal ini bertujuan untuk memudahkan anda sekiranya terjadi sesuatu seperti kemalangan, masalah kesihatan atau komplikasi kepada bayi baru lahir.

3. Takaful

Kata orang, malang itu tidak berbau dan setiap ibu bapa pasti ingin melihat anak-anak mereka membesar di depan mata. Tetapi ada yang tidaksempat merasai detik-detik berharga itu. Jadi dengan adanya takaful ini, ia pastinya dapat menampung keperluan anak anda sehingga mereka dewasa kelak.

4. Pusat Taska/Jagaan

Ini adalah perkara yang diharuskan bagi setiap pasangan suami isteri yang bekerja, anda perlu mula melakukan survey tentang pusat jagaan ataupun taska untuk bayi yang bakal lahir itu. Selain daripada faktor keselamatan, kebersihan dan juga kepercayaan kepada pusat jagaan tersebut, soal harga pasti menjadi persoalan utama bukan? Anda harus pastikan ianya bersesuaian dengan bajet bulanan anda.

5. Tabung Tambahan

Setelah  si isteri hamil, apa yang perlu pasangan buat adaalh menyediakan pelbagai keperlua bukan sahaja untuuk bayi, tapi juga untuk si ibu. Bakal ibu mungkin memerlukan pelbagai jenis makanan tambahan seperti susu, vitamain pakaian mengandung dan sebagainya. Bagi pasangan yang beragama Islam pula, anda perlu ingat tentang soal akikah anak anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published.