ORANG PEREMPUAN SEKARANG MEMANG TAK SAH KAHWIN KALAU TAKDE BRIDESMAID.
Biasanya para pengapit ini terdiri daripada kawan baik sang puteri.
Mereka akan berpakaian sedondon dan mengiringi ratu sehari. Tujuan utamanya adalah untuk membantu memudahkan urusan walimatul urus, memeriahkan suasana majlis dan mencantikkan sesi fotografi.
Lalu, memori indah ini akan diabadikan dalam ikatan persahabatan sepanjang usia.
BAGI ORANG LELAKI, MEREKA JUGA ADA PENGAPIT YANG DIGELAR BEST MAN.
Angkatan panglima ini masih mengekalkan ciri dan tujuan yang sama macam bridesmaid wanita.
Jom, kita tengok tips2 pilih pakaian untuk bridesmaid dan bestman perkahwinan.
1. SEDONDON
Pemilihan fesyen perkahwinan dan fabrik persalinan tidak menjadi masalah. Bridesmaid boleh memilih apa jua jenis baju kurung, kebaya atau jubah.
BEST MAN PULA BOLEH MENGENAKAN BAJU MELAYU, SUIT ATAU KEMEJA. YANG PALING PENTING, WARNA BAJU PERLU SEDONDON SAMADA TONA PASTEL ATAU GELAP, TERANG ATAU LEMBUT
Antara warna2 yg HOT yg boleh anda pilih :
– Warna Denim Drift
– Warna Greenery 15-0343
– Warna Warm Taupe 16-1318
– Warna Primrose Yellow 13-0755
– Warna Pink Yarrow 17-2034
– Warna Hazelnut 14-1315
– Warna Flame 17-1462
– Warna Pale Dogwood 13-1404
2. BINCANG BERSAMA
Apa jua cadangan dan idea, pengantin serta para pengapit harus bincang bersama.
Nasihat yang baik dari teman-teman rapat harus juga dipertimbangkan agar wujud persetujuan dari semua pihak demi menjayakan majlis perkahwinan anda.
JIKA MAHU MEMASTIKAN PAKAIAN BRIDESMAID ATAU BEST MAN BETUL-BETUL KENA, ANDA PERLU BERSEDIA MEMBELI BELAH BERSAMA MEREKA.
Memborong dalam kuantiti yang banyak lebih jimat kerana anda akan mendapat harga yang lebih rendah daripada membeli seunit barang.
3.IKUT KEMAMPUAN
Biasanya pengantin akan sponsor pakaian para pengapit dengan cara membelikan kain pasang sama warna supaya teman-teman baik mereka boleh tempah sendiri jenis fesyen yang sudah dipersetujui.
Ada juga yg menaja terus set persalinan lengkap yang dikehendaki. Terpulang.
NAMUN, JIKA KOS PERKAHWINAN ANDA TINGGI, HINDARKAN DARIPADA MEMASUKKAN KOS BAJU PENGAPIT DI DALAM BAJET KAHWIN.
Melainkan jika anda benar-benar mampu. Jika sahabat-sahabat baik anda bersedia jadi pengapit, jangan tekan mereka supaya membeli persalinan mahal.
Cukuplah seadanya setiap org ada kemampuan kewangan berbeza.
Sebaiknya bincang dgn mereka dan rai setiap pandangan agar rakan-rakan baik faham situasi kita. Manalah tahu ada orang nak taja baju. Siapa tak mahu kan? ?