Tips Memilih Pengukir Inai Perkahwinan

Harini admin nak share cara memilih pengukir inai yang bagus supaya inai tangan pada hari perkahwinan anda adalah merupakan hasil kerja yang sangat cantik , kemas dan berkualiti ::

1 . Lihat portfolio lukisan inai mereka

2 . Pastikan anda melihat percubaan mereka melukis meggunakan inai tradisonal ataupun henna.

Perbezaan antara inai atau henna :

  • Inai  – Berasal dari pokok inai dan kebiasaaannya ditumbuk atau digiling sehingga lumat (pernah cuba blender daun inai tp x berapa lumat) dan dipakai di jari-jemari. Warna inai daun berwarna oren terang sehingga kemerah-merahan bergantung pada darah seseorang dan tempoh pemakaian inai daun itu sendiri (orang dulu suka pakai inai bawa tidur sampai ke esok hari).
Pokok Inai
  • Henna – Merupakan adunan inai (mungkin campuran inai daun dengan pewarna @ dye) yang di pek dalam tiub berbentuk kon dan hujung kon di gunting halus untuk mengeluarkan inai untuk diukir pada tangan dan anggota badan yang lain. Terdapat pelbagai jenis warna seperti hitam, maroon, merah, oren dan juga coklat (coklat ni warna paling pelik dalam maksud lain warna xcantik). Pemakaian inai jenis henna ni tidak memerlukan tempoh yang lama untuk mendapatkan warna yang terang dan cantik. Percaya tak dalam 5 hingga 10 minit dah boleh dapat warna yang mengancam.
Henna yang telah dibancuh
Jenis – jenis inai / henna :
 
Jenis Daun – Jenis ini sedikit rumit untuk sediakan kerana perlu menggiling atau menumbuk daun inai sehingga lumat. Jika tidak, ini akan menganggu proses pemakaian inai di jari. Tambahan pula, zaman sekarang ni dah mula susah nak jumpa pokok inai, jika ada pun mungkin daun-daun masih muda dan warna tidak terang.

Jenis Daun yang perlu ditumbuk

Jenis Serbuk – Jenis ini senang untuk disediakan, cuma bancuh dengan air sahaja. Tetapi ada di kalangan pengukir inai akan menambah perahan limau, lemon,minyak zaitun dan pelbagai lagi bahan untuk mendapatkan warna yang terang dan gelap.

Jenis Serbuk yang telah siap di pek

Jenis Tiub – Jenis ini senang dipakai dan warna cepat melekat pada kulit. Cuma ukiran akan kurang cantik kerana mata tiub agak besar. Selain itu juga, kita perlu pandai mengawal warna inai / henna yang kita nak mengikut tempoh masa pemakaian. Jika memakai inai / henna jenis ini dalam tempoh yang lama, jari jemari anda mungkin akan berwarna hitam bukan oren,  merah atau maroon. Terbaru, inai jenis tiub ini terdapat dalam pelbagai warnan seperti biru, hijau, merah, ungu dan pelbagai lagi.

Jenis Tiub yang mudah digunakan cuma mata tiub yang agak besar

Jenis Kon – Jenis ini paling banyak dipakai oleh pengukir inai / henna kerana mereka boleh tentukan saiz mata kon yang dikehendaki bergantung kepada ukiran itu sendiri. Kekemasan sesuatu ukiran itu dapat dilihat jika kita memakai inai jenis kon ini. Terdapat pelbagai warna inai / henna jenis ini seperti hitam, merah, maroon, oren dan pelbagai lagi.

Jenis Kon yang paling digemari

Ya ! admin sertakan sekali kepada para bakal mempelai iaitu pengetahuan berkenaan inai dan henna , pastikan korang jumpa pengukir inai yang benar – benar memuaskan hati untuk hasil yang terbaik 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published.