Tarikh perkahwinan merupakan suatu perkara yang penting. Tanpa tarikh perkahwinan macam mana anda nak kahwinkan. Jadi bagi sesiapa yang masih tercari-cari tarikh yang sesuai untuk anda kahwin tak perlu kelam-kabut atau stress. Dibawah ini, kami sediakan tips macam mana anda nak pilih tarikh perkahwinan anda itu.
- Tarikh Majlis Sekurang-kurangnya Enam Bulan Akan Datang
Hal ini kerana kebiasaannya dalam tempoh enam bulan ini anda akan sibuk untuk ke sana ke mari untuk uruskan katering, dewan, hantaran, pelamin, fitting baju pengantin, tempah tok kadi dan macam-macam lagi.
2. Elakkan Buat Majlis Pada Musim Cuti Sekolah
Alasannya, kebiasaannya memanglah orang buat majlis masa cuti sekolah sebab senang sanak-saudara pulang ke kampung. Tapi biasanya kalau buat majlis bukan masa cuti sekolah insyaAllah anda akan dapat pilih katering anda. Tambahan pula, korang dapat jimat dari segi kos bahan mentah seperti ayam, daging dan sotong. Kebarangkalian untuk tetamu anda hadir ke majlis anda juga nipis kerana bilangan majlis kenduri yang terlalu banyak masa cuti sekolah.
3. Bukan Pada Minggu Pertama Raya
Mak andam dan pakcik katering pun nak cuti beraya. Tapi kalau anda rasa nak buat juga majlis minggu pertama raya, jangan pula menyesal kalau anda dikenakan caj kos yang tinggi. Tambahan pula orang dalam mood raya bukan mood kenduri.
4. Bukan Dalam Musim Hujan
Cuaca ini memang kita tak boleh nak agak macam mana. Tapi kebiasaannya, hujung tahun ialah musim hujan. Tetapi lain negeri lain pulak pattern hujannya. Kena rajinkan diri semak calendar dan tanya orang-orang sekeliling. Sebab , kalau anda berkahwin pada musim hujan, macam-macam hal pulak nanti. Pakaian pengantin basah. Tetamu pun laju je nak balik sampai tak sempat nak tengok pengantin. Tapi kita hanya merancang, allah yang tentukan. Doalah semoga majlis anda semua berjalan lancar.
5. Pilih Tarikh Yang Senang Anda Ingat
Kalau anda dilema sangat, pilihlah tarikh berkembar seperti 9.9.2019 atau 10.10.2010. ataupun anda pilih tarikh yang ada kena-mengena dengan diri anda macam tarikh lahir anda atau pasangan anda. Sebabnya ialah senang nak celebrate anniversary. Anda pun senang ingat dan pasangan pun tak lupa kan.