Anda tidak tahu apa yang anda perlu beli untuk hadiah isteri/tunang/kekasih anda? Tips ini mungkin dapat beri anda sedikit idea.
#1: Barangan yang pasangan anda suka dan beliau gunakan. Orang perempuan selalunya ada produk yang beliau memang betul betul suka dan beliau gunakan. Produk yang jatuh dalam kategori ini, selalunya termasuklah produk kecantikkan dan perfume. Jika anda mencari hadiah yang anda memang mahu pasangan anda gunakan dan tentunya beliau suka, anda pergi saja tengok barangan yang digunakan di meja soleknya. And no, shampoo doesn’t count. Walaupun syampu itu mungkin mencecah RM100++.
#2: Barangan yang pasangan anda suka dan kumpul. Ada sesetengah barang, wanita suka mengumpul barang. Macam anda mungkin kumpul baju tee superhero atau topi atau mungkin juga cd game, wanita kadang kala kumpul tudung daripada sesuatu brand (hint: Duckscarves, Naelofar, Ariani etc). Ada juga yang mungkin kumpul lipstick (hint: MAC, NARS, NYX etc). Atau yang ‘fitness freak’, mungkin suka mengumpul kasut sukan pelbagai warna. Jadi, cara paling senang untuk mencari hadiah bagi pasangan yang suka mengumpul ini, anda tambahkan saja koleksinya dengan apa-apa barangan yang dikumpul pasangan anda. Tapi, pastikan anda semak dulu koleksi yang pasangan anda supaya anda tidak terbeli benda yang sama. (GIF: Reaction)
#3: Barangan yang pasangan anda suka tapi tidak pernah beli. Pasangan anda mungkin suka sesuatu tapi anda sendiri hairan kenapa pasangan anda tidak pernah beli. Ada beberapa sebab untuk hal ini.
Selalunya barang ini, barang yang sedikit mahal. Mungkin pasangan anda fikir, dengan harga sebegitu, lebih baik beliau beli barangan lain untuk keluarga atau diguna dengan cara lain yang boleh dimanfaatkan semua. Jangan terkejut, ada pasangan yang sanggup berkorban sebegini. Jadi, kejutan hadiah sebegini tentunya bagus untuk suri hidup anda. (GIF: One Mile At A Time)
#4: Barangan yang pasangan anda suka dan beliau sudah bagi ‘hint’ banyak kali kepada anda. Ini sudah masuk kategori yang memang beliau mahu anda belikan barang itu sebagai hadiah untuknya. Kalau barang itu ada di kedai, anda boleh lihat yang beliau asyik pegang atau tengok lama-lama. Kalau barang tersebut dipasarkan secara online, beliau ada ‘bookmark’, tunjuk pada anda, berulang kali.
Mungkin juga beliau ada screenshot. Ini bukan setakat mahu berikan hint kepada anda, ini memang secara terang-terang memberitahu anda. So ini adalah pilihan yang paling selamat. (GIF: Giphy)
#5: Barangan yang anda tidak pasti jika pasangan anda suka atau tidak, tapi anda tahu yang barangan tersebut sesuai dengannya atau pasangan anda memerlukannya. Contohnya pilihan warna barangan yang lain sedikit daripada kebiasaan pasangan anda. Kalau selalu pasangan anda pakai warna pastel dan lembut, Kali ini anda belikannya warna merah pula. Mungkin beliau ingat beliau tidak sesuai dengan warna tersebut, tapi anda tahu yang pasangan anda akan lebih menyerlah dengan warna sebegitu. Atau mungkin juga pasangan anda ada telefon bimbit yang selalu rosak, jadi inilah masa yang terbaik untuk menukarnya. (GIF: Tumblr)
Selamat shopping!