Memilih fotografer pernikahan merupakan persiapan yang sangat penting bagi calon mempelai. Banyak perkara yang perlu diperhatikan untuk mendapatkan fotografer yang tepat sesuai dengan yang diharapkan. Hal ini sangat penting kerana pernikahan adalah momen sekali seumur hidup yang wajib didokumentasikan dengan sebaik mungkin. Berikut 5 tips dalam memilih fotografer pernikahan dan pre wedding :
1 . Lihat portfolio fotografer dan studio
Perkara pertama yang perlu diperhatikan semasa memilih fotografer adalah latarbelakang perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai portfolio. Portfolio seorang fotografer akan menunjukkan hasil kerja fotografi yang telah dilakukan sebelum ini. Melihat portfolio kini lebih mudah kerana anda boleh melihat portfolio fotografer secara atas talian. Walaubagaimana pun, adalah lebih baik untuk berhubung secara langsung dengan fotografer bagi memastikan bahawa perkhidmatan yang dijalankan adalah sah dan wujud.
2. Gaya fotografi
Setiap fotografer mempunyai ‘style ‘ dan kehebatan fotografi yang tersendiri. Dengan meneliti hasil kerja terdahulu seorang fotografer, anda akan dapat lihat gaya fotografer tersebut. Sekiranya gaya tersebut memenuhi kehendak anda, maka fotografer tersebut bolehlah tersenarai untuk pemilihan menjadi fotografer dan videografer untuk majlis perkahwinan anda.
3 .Bincang Konsep
Semua majlis perkahwinan mempunyai konsep atau tema tertentu. Sekiranya majlis anda mempunyai tema tertentu, adalah lebih baik untuk anda berbincang dengan fotografer anda kerana ini akan menentukan peralatan yang diperlukan semasa majlis perkahwinan anda.
4 . Pakej dan Harga
Perkhidmatan fotografi datang dengan pelbagai harga dan pakej. Antara perkhidmatan yang biasanya tersenarai dalam sesebuah pakej fotografi adalah seperti sesi fotografi pre-wedding, sesi fotografi majlis persandingan dan juga sesi fotografi outdoor.
Baca dengan teliti setiap pakej yang ditawarkan kerana memilih pakej yang tidak sesuai boleh menyebabkan bajet perkahwinan anda tersasar. Sebaiknya, pilih pakej dan harga perkhidmatan fotografi dan videografi berdasarkan bajet anda. Hubungi atau berjumpa dengan fotografer dan nyatakan bajet anda. Dari situ, mereka boleh memberikan cadangan pakej yang sesuai untuk majlis perkahwinan anda.
Sudah semestinya Chentamanis Photography menawarkan pakej dan harga yang terbaik !
5 .Tarikh, masa dan lokasi
Pemilihan fotografer sepatutnya bermula lama sebelum majlis perkahwinan lagi. Tempahan awal adalah penting untuk memastikan fotografer tersebut boleh bertugas pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Sangat tidak digalakkan untuk membuat tempahan dalam jangka masa yang terlalu singkat kerana fotografer mungkin enggan untuk memberikan perkhidmatan yang bersifat ad-hoc.
Begitulah tips memilih fotografer untuk majlis perkahwinan. Perkahwinan adalah pengalaman sekali dalam seumur hidup yang perlu diabadikan sebaiknya supaya ianya dapat dilihat oleh generasi akan datang iaitu anak-anak dan keturunan kita. Perkara paling penting, berbincanglah dengan fotografer anda untuk mendapatkan harga dan pakej terbaik serta mengikut bajet anda.
So , kepada yang bakal mendirikan rumah tangga tu goodluck dalam memilih fotografer anda !