Anda masih terusik dengan luka semalam? Sekarang bangkitlah. Kami kongsikan 6 langkah untuk move on.
#1: Ambil masa untuk bersedih dan kuatkan hati untuk ‘move on’
Langkah pertama selalunya adalah paling sukar. Namun ini adalah sesuatu yang anda perlu lakukan untuk diri anda sendiri. Jika anda perlukan masa untuk bersendirian, ambil masa itu.Jika anda perlu menangis, menangis sepuas hati anda. It’s okay. It’s totally okay to cry. And it’s totally okay not to be okay. Tiada siapa yang kata anda akan mampu ‘move on’ sekelip mata. Luka yang kita nampak pada pandangan kasar pun ambil masa untuk sembuh, inikan pula luka di hati. namun, anda harus cekal dan tabah. Anda perlu move on, untuk diri kebaikkan diri anda sendiri
#2: Terima
Orang dewasa selalu berkata, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin kita tidak akan nampak ‘silver lining’ itu sekarang, namun, apabila masa sudah sampai, akan terdetik di hati kita ‘ohh…patutlah..’ atau sesuatu sebegitu.
#3: Be Kind
Mungkin sekarang anda sudah berada di paras ok-ok. Namun, jika anda masih berasa kurang puas hati atau masih ada rasa kurang tenteram di sanubari anda, ada baiknya anda tidak mengambil tindakan untuk perasaan anda itu. Jika anda berhasrat untuk membalas perbuatan orang yang telah menyalahi anda, apa kata anda tukarkan emosi dan tenaga amarah anda itu kepada sesuatu yang positif. Anda tentunya tidak mahu melakukan sesuatu yang anda mungkin sesali kelak dan mencemarkan reputasi anda untuk sesuatu yang nyata tidak berbaloi.
#4: Belajar
Untuk semua yang berlaku dalam hidup, ada sesuatu yang kita boleh ambil sebagai pengajaran. Tidak kira siapa yang salah dalam perhubungan yang lalu, anda boleh belajar dari pelbagai sudut yang berbeza.
#5: Optimis
Walaupun anda telah melalui episod yang sukar, jangan berputus asa. Apabila hati anda sudah pulih dan bersedia, bukalah hati anda untuk yang sesuai. “Apa yang akan datang adalah lebih baik daripada yang sudah pergi.”
#6: …dan ingat…
Foto: Twitter, @LoveForBeginner
Jika anda sudah berhasrat untuk mencari pengganti, ingat perkara-perkara di atas. Belajar untuk percaya, tanya sebelum membuat anggapan, beri komitmen sebelum berjanji, maafkan sebelum anda melupakan dan hargai sebelum anda menyesal.