Tipulah, Mana Ada Suami Isteri Tak Bergaduh Langsung

Disini boleh dikatakan, selalunya suami kita elok saja bergurau senda. Ada masanya kalau kita merajuk, dia akan segera memujuk. Tidak dapat dinafikan emosi perempuan bukannya selalu stabil, Bila datang anginnya, kita pun hilang pedoman. Marah-marah dan barangkali hari itu terlebih marah.

Keadaan sebegini menyebabkan suami terasa hati. Dia diam saja tak beritahu pun yang dia terluka dengan perbuatan yang tidak sengaja itu. Keadaan ini menyebabkan si suami menjadi senyap serta lebih kerap membelek handphone.

Disini anda akan melihat perubahan pada suami dimana sebelum ini, di baik tolong mengemas, membasuh dan layan anak-anak, tetapi selepas pergaduhan kecil suami tidak lagi mengambil peduli. Kedaan sebegini menyebabkan kita tertanya-tanya akan kesalahan kita. Bila tanya suami dia diam. Tak maklumkan apa yang mengubah tingkah lakunya secara tiba-tiba.

Hari pertama, kita boleh terima, Masuk hari kedua, isteri dah susah hati. Sampai hari ketiga, tak boleh jadi dah ni. Konflik suami dingin ni kena diperbetulkan sebelum melarat.

5 Cara Selesaikan Konflik Dengan Hikmah

  1. Tenangkan Diri

Jangan sekali anda meroyan di Facebook, Whatsapp atau kongsikan semua semua keresahan itu pada kawan-kawan sekiraya tiba-tiba suami tidak ambil peduli dan beri respon pada setiap kata-kata kita.

Apa yang sewajarnya anda lakukan adalah bertenang, tarik nafas dalam –dalam fikir baik-baik. Flaskback apa yang kita dah buat sampai suami jadi marah sangat. Bila dah jumpa silap kita, susun kata-kata dengan baik agar dapat dijelaskan pada suami nanti.

2. Tanya Pada Suami Dengan Baik

Waktu di bilik tidur atau ketika suami sedang berehat, dekatinya dan tanya kepadanya tentang perubahan sikapnya itu. Kalau suami belum juga memberi respon, jangan marah. Tapi terangkan apa yang anda rasa. Luahkan dengan bijak dan bukannya mendesak.

Katakan, anda dah buat cara itu suami tetap juga dengan egonya. Okay… jangan panik. Sekali lagi jangan up status kesedihan anda di media sosial.

3. Bertanya Pula Pada Allah

Ketika dalam solat, anda sebenarnya sebenarnya sedang meminta pada Allah agar dirahmatiNya dan disayangiNya. Mengadulah padaNya agar dibukakan pintu kasih sayangNya. Pertama sekali, jangan diharap yang suami akan akan berubah, tapi haraplah agar Allah mengampuni diri anda dahulu.

Haraplah kasih sayang Allah dan rahmat dariNya. Jika doa anda dimakbulkan, Yang Maha Pengasih akan memberi jalan penyelesaian pada konflik yang anda alami. Jaga solat, kawal lagi dirimu lagi, jangan kongsi konflik dengan suami di mana-mana media sosial.

4. Buka Al-Quran.. Bacalah!

Barangkali sebelum ini kita terleka. Dalam meniti bahagia yang diberikanNya kita terlupa untuk mengucapkan syukur. Mungkin, aturan pertengkaran ini memberi sedikit ruang untuk anda jadi hambaNya yang tahu mengucapkan terima kasih.

Dekatkanlah diri dengan ayat-ayat Allah. Mungkin anda akan temui jawapan diamnya suami anda itu.

5. Air Mata Boleh Jadi Senjata

Luahkanlah resah hati anda pada suami untuk sekian kalinya. Jika perlu menangis, menangislah, terangkan pada suami apa yang anda rasa, tanyakan sekali lagi apakah kesilapan yang anda telah buat. Siapa tahu, cara ini berkesan dan suami akan terangkan sebab-sebabnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.