Menawan hati dan menjadi kesayangan suami tidak bermakna isteri hanya bermanja-manja sahaja. Ramai mengandaikan, apabila menyuap suami atau isteri di khalayak ramai, itu tandanya romantik. Apabila nampak pasangan orangtua yang berpegangan tangan , itu tandanya romantik. Apabila nampak isteri betulkan kolar baju suami, itu dianggap romantik.
Benar,dari kaca mata orang ramai yang melihat situasi sebegitu, akal tidak dapat lari dari mengatakan mereka itu pasangan yang romantik. Namun, itu cuma secebis sahaja daripada kehidupan berumah tangga. Oleh itu, jom tiru cara ini agar anda menjadi isteri kesayangan suami.
- Berhias namun tidak perlu bersolek over sangat. Cukup sekadar mekap ringkas dan manis dipandang.
- Jadi yang menyenangkan dan jangan tidak tahu bergurau. Ramai suami suka mengusik isteri, jadi janganlah isteri cepat merajuk. Sambut jenakanya dengan tawa.
- Pandai mendahulukan suami dan menghormati pandangannya. Minta izin sekiranya ingin kemana-mana dan minta keputusannya dalam urusan rumah tangga. Yakin pada suami sebagai pemimpin keluarga.
- Bersikap sederhana dan jangan minta sesuatu pada suami di luar kemampuannya.
- Memanjakan suami seperti menyediakan air minuman dan mengurut badannya jika suami kepenatan.
- Bijak dan berpengetahuan kerana bertukar-tukar fikiran serta komunikasi berkesan penting untuk kebahagian rumah tangga.
- Hormati hak peribadinya, jangan terlalu busybody seperti sering memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dan sebagainya. Yakini kesetiaan suami terhadap anda.
- Jangan membanding-bandingkan suami dengan suami orang lain yang lebih kaya atau kedudukan tinggi. Suami anda juga ada kelebihan tersendiri.
- Pandai menjaga diri apabila anda keluar rumah dan menjaga maruah suami.
- Ada di sisi suami sewaktu jatuh dan bangunnya, meniup semangat sewaktu suaminya gundah, menemani suami mengharungi kehidupan dan mencintai suaminya dengan sepenuh hati.