Tok Kadi akan tanya 8 soalan sebelum Nikah(Doa qunut,Rukun Nikah)

Tok Kadi akan tanya 8 soalan sebelum Nikah, haa.. nanti jangan lupa pulak, silap-silap perpeluh badan, sambil tergagap waktu nikah nanti, malukan?

Jadi ini dia soalan Tok Kadi sering soal sebelum nikah:

1.Dua kalimah shahadah

2. Al-fatihah

3. Istighfar

4. Doa Qunut dan hukum jika tertinggal doa qunut dalam solat subuh

Bacaan Dia Qunut

5. Rukun Iman

  • Beriman kepada Allah SWT
  • Beriman kepada Malaikat
  • Beriman kepada Kitab-kitab suci
  • Beriman kepada para Rasul
  • Beriman kepada hari Akhirat
  • Beriman kepada Qada’ dan Qadar

6. Rukun Islam

  • Mengucap 2 kalimah shahadah
  • Mendirikan solat 5 waktu
  • Berpuasa di bulan Ramadhan
  • Menunaikan Zakat
  • Menunaikan Haji bagi yang mampu

7. Rukun nikah

Pengantin Lelaki

  • Perempuan yang ingin dikahwininya bukanlah mahramnya
  • Islam, Baligh, berakal
  • Tidak berada dalam ihram atau umrah
  • Tidak dipaksa kahwin
  • Tidak beristeri lebih dari 4 orang

Pengantin Perempuan

  • Islam
  • Tidak berada dalam ihram haji atau umrah
  • Bukan isteri kepada seseorang
  • Tidak berada dalam iddah

Akad (Ijab dan Qabul)

  • mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah ataukahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul.
  • Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul.
  • Lafaz ijab dan qabul membawa maksud yang sama
  • Had masa perkahwinan tidak boleh dinyatakan dalam lafaz ijab dan qabul

Wali

  • Islam, baligh, berakal
  • merdeka
  • Tidak berada dalam ihram atau umrah
  • bukan seorang lelaki yang fasik

2 Saksi

  • Islam, baligh, berakal
  • Merdeka
  • Boleh melihat dan mendengar dengan baik
  • Tanggungjawab wali bukan ke atasnya

8. Lafaz niat mandi hadas

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.