Topik – Topik Perbualan Menandakan Anda Sudah Selesa Dengan Pasangan

Buat pasangan yang sudah berkahwin atau bercinta yang sudah bertahun lamanya, pasti ada yang dah ‘masak’ dengan cara dan tingkah-laku pasangan masing-masing.

Baik atau buruk dia, anda terima dengan terbuka. Kalau tidak kenapa pula anda boleh bertahan sehingga kini kan?

Perasan tak, semakin lama kita dengan pasangan semakin banyak topik merapu menjadi perbualan. Jika mula-mula dating dahulu, nak dengar suara pun susah tapi sekarang lima batu jauh pun dah boleh dengar.

Orang kata bila kita dah mula selesa dengan individu tersebut, inner person kita mula muncul. Orang kata kalau kita berani berbual dengan tiga topik ini, maknanya anda sudah selesa dan bahagia dengan si dia…

# Buang air besar

Bukan setakat nak cakap pergi tandas atau buang besar. Anda boleh perincikan saiz, bentuk dan tekstur najis pada pasangan. Nampak macam pengotor tapi sebenarnya anda boleh berkongsi apa sahaja cerita dan si dia pula boleh beri pendapat atau bertukar cerita. Itu belum lagi dengan masalah sembelit dan cirit-birit, dah biasa.

# Senggugut

Sebenarnya kalau anda betul wanita sejati pasti sangat malu untuk ‘mengumumkan’ anda sedang bendera merah. Tapi dah mula setahun dua dengan pasangan barulah boleh berkongsi tentang sakit senggugut, heavy flow, masalah emosi turun naik dan sebagainya.

# Sikap tak senonoh

Ketawa gila, cakap merapu atau ada tak yang dah berani korek hidung bila dengan si dia? Anda dah tayang sikap dan gaya tidak senonoh, bagi anda tak perlu lagi berpura sopan santun. Iyalah, lambat laun si dia akan tahu juga tapi sekurangnya anda berlaku sebegitu hanya bersama si dia. Cukup dengan pasangan sahajalah..

Apa perkara paling selamba anda pernah buat depan pasangan?

Leave a Comment

Your email address will not be published.