Tujuan Sebenar perkahwinan

Kadang-kadang kita tertanya tentang tujuan perkahwinan yang sebenarnya. kita nampak masih ramai lagi yang tidak berkahwinan atas alasan mereka tersendiri. jadi disini akan saya tunjukkan sebab/tujuan sebenar perkahwinan sehingga releven sehingga ke hari ini.

1. Mengawal Nafsu

Pertama sekali adalah untuk megawal nafsu. inilah sebabnya sebelum kahwin, perlu lihat dahulu calon yang sesuai dan menarik untuk anda. sekiranya keinginan fizikal ini tidak dikawal dengan baik, ia membawa kehancuran masyarakat seperti zina, rogol dan apa saja perhubungan secara haram di sisi agama islam.

2.Menyambung zuriat

Sabda Nabi Muhammad SAW : “nikahilah perempuan yang penyayang dan dapat mempunyai anak banyak kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan sebab banyaknya kamu di hadapan para nabi nanti pada hari kiamat” (HR Ahmad)

3. Teman hidup

Anda akan berkongsi perkara yang penting dan dekat dengan hidup anda. inilah kemanisan sebenar sebuah perkahwinan seperti boleh berkongsi suka duka, cita-cita, perasaan, cinta, dan hidup bersama.

4. Asas sebuah masyarakat.

Perkahwinan membentuk asas sebuah keluarga dalam islam dan keluarga yang membentuk komuniti. islam menggalakan tinggi asas perkahwinan yang kukuh dan keluarga untuk mengukuhkan moral sesebuah masyarakat daripada keruntuhan.

5. Hubungan kekeluargaan.

Bila berkahwin, dapat membina ikatan antara keluarga dan menjadi keluarga yang besar. hargailah hubungan ini.

6. Mendekatkan diri kita dengan Allah

Antara paling penting sekali andalah untuk mendekatkan lagi dengan Allah. Allah menjadikan adam dan hawa untuk perpasangan seperti mana juga kita yang berpasangan. Allah ciptakan perkahwinan itu cukup indah malah juga untuk kita selalu hampir dan dekat dengan dia.

7. Memperbanyakkan sumber pahala

kita sebagai manusia yang bersifat fitrah inginkan berpasangan. selepas berkahwin, semuanya jadi halal dengan pasangan dan itu semua mendatangkan pahala. bercakap dengan pasangan, berkasih sayang, berpegang tangan itu mendatangkan pahala serta dapat menggugurkan dosa

Leave a Comment

Your email address will not be published.