Siapa sahaja yang tak suka melancong kan? Lagi best kalau dapat melancong ke Negara orang. Kita dapat lihat sendiri suasana dan budaya mereka di sana. Malah, kita juga boleh merasa jenis makanan mereka di sana.
Apa yang lagi menarik pasal travel ini ialah pasangan anda pun turut meminatinya juga. Ia satu bonus! Dapat pula yang memang nak travel semua tempat dengan anda. Ini antara ciri-ciri dan sebab mengapa pasangan kaki travel menjadi pilihan!
- Pandai Cari Destinasi Menarik Untuk Keluarga
Dia pandai pilih mana tempat yang sesuai, selamat dan menarik untuk keriangan seisi keluarga. Dia akan cari tempat yang paling menjimatkan tapi paling seronok.
2. Lebih Mudah Menyesuaikan Diri
Bila dekat Negara orang ini mesti akan ada rasa kekok. Namun, tidak bagi kaki travel seperti ini kerana mereka mudah menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
3. Berpandangan Luas, Berfikiran Terbuka
Berpengetahuan am yang hebat, senang dibawa bincang. Dia tengok pelbagai budaya semasa travel serta dapat menerima perbezaan pendapat. Dia tahu mana yang elok, mana yang tidak. Dia lebih berkompromi. Dia ada banyak bahan nak cerita. Dia tahu macam mana nak cari arah kiblat,solat ketika travel dan mengambil wuduk dengan air mineral 500ml. Kau tengok dia punya kesungguhan untuk menunaikan kewajipan dalam kepayahan.
4. Dia sentiasa Berduit Untuk Berjalan
Travel sudah menjadi agenda hidup dia. Tiap tahun dia akan set satu destinasi. Dalam atau luar Negara, kalau tak berjalan jiwa tak tenang. Sesekali mesti dia akan bawak anda juga. Untung badan. Tahu tak bosannya kahwin dengan lelaki yang tak minat travel.