- Berbakti
Walaupun sudah bergelar isteri, anda masih lagi mempunyai tanggungjawab untuk terus menghormatii, merendahkan diri, memberi kasih saying, menghargai dan mencurahkan bakti kepada orang tua.
2. Bantu dari segi kewangan
Menjadi kewajipan anda sebagai anaknya untuk menyenangkan kehidupan orang tua. Apatahlagi dengan usia orang tua yang sudah lanjut, sudah tentu mereka memerlukan bantuan kewangan daripada anda untuk meneruskan kehidupan yang lebih selesa.
3. Menjaga nama baik ibubapa
Jalani kehidupan dengan baik mengikut ajaran agama agar nama baik dan maruah orang tua tetap terpelihara, selain tidak menconteng arang ke muka mereka. Apabila anda memuliakan orang tua, pahala yang bakal anda peroleh sangat besar.
4. Tidak memutuskan hubungan silaturahhim
walaupun sudah berkahwin bukanlah bermaksud hubungan anda dengan ibubapa harus terhenti. Jalinkan hubungan yang baik dengan orang tua dan jangan jadi anak derhaka. Apatah lagi Allah tidak menyukai orang yang suka memutuskan silaturahim lebih-lebih lagi terhadap ibu bapanya.
5. Tutur kata yang baik
Jagalah adab-adab ketika anda berkomunikasi dengan ibubapa. Jangan mengherdik atau meninggikan suara dengan mereka. Sentiasalah menjaga tutur kata agar tidak melukakan hati mereka selain mengeluarkan kata-kata yang boleh menyejukkan perasan mereka.
6. Jangan bebani ibu bapa
Setalh berkahwin, jangan sesekali menyusahkan orang tua. Berikan yang terbaik untuk mereka menjalani kehidupan dan ringankan beban mereka yang sudah lanjut usia. Kebaikan dan keikhlasan yang anda lakukan terhadap orang tua akan mengalirkan pahala buat anda sekeluarga.
7. Melayani ibu bapa dengan baik dan mendoakan mereka.
Walaupun sudah berkahwin, teruskn memberi layanan yang mesra dan terbaik kepada mereka. Percayalah apabila anda menyenangkan ibu bapa, Allah akan menggandakan ganjaran bahagia buat anda sekeluarga. Malah kebahagian yang anda berikan kepada orang tua akan sama mengalir dalam diri anda juga.
8. Bersabar dengan segala kekurangan ibu bapa
Mereka juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Oleh itu, sebagai anak perempuan, usahakanlah untuk anda bersabar dalam menangani karenah mereka. Ini kerana sabra akan membersihkan hati anda kearah yang lebih baik.