Dalam hubungan rumah tangga, kita sering mendengar wanita atau isteri yang selalu merajuk. Menjadi tugas seorang suami untuk mengambil hati dan memujuk yang terasa hati atau dalam kesedihan. Namun, siapa pula yang akan memujuk apabila suami merajuk?
Lelaki juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Mungkin mereka jarang menunjukkan perasaan kecil hati pasal si isteri dan sentiasa menerima kerenah anda seadannya . tetapi bila kerenah anda melampaui batas, mereka mula berjauh hati. Jangan abaikan perasaan mereka. Ambil tahu apa yang anda perlu lakukan untuk memujuk hati si dia yang sedang merajuk.
Buat wanita dan isteri di luar sana, apakah perkara yang anda harus lakukan bila pasangan anda merajuk? Jom kami kongsi 6 perkara yang boleh anda buat saat suami anda sedang merajuk!
- Beri Masa Bersendirian
Apabila lelaki kesayangan anda merajuk, mereka memerlukan masa untuk menenangkan fikiran. Jangan sangka perselisihan faham antara kalian hanya memberi kesan kepada anda sahaja. Kebiasaannuya, mereka lebih banyak mendiamkan diri. Jangan diganggu dan beri mereka peluang untuk berehat daripada bebelan anda.
2. Ketepian Ego Kewanitaan
Hakikatnya bukan sahaja lelaki yang ada ego, bahkan wanita pun sama mereka ada ego mereka. Namun, ada lebih baik sekiranya sekali sekala anda buang ego itu demi orang yang anda sayang. Jika si suami itu lama merajuknya, lebih elok sekiranya anda ucapkan maaf dan salam tangannya. Bertolak ansur itu kunci kejayaan sesebuah hubungan rumah tangga.
3. Jangan Tanya Perasaannya
Seelok-eloknya jangan bertanya apa yang dia rasa kerana dia sedang merajuk dan marah. Jangan buat si dia rasa jengkel dengan sikap anda yang sambil lewa. Sekianya, anda secara berterusan mendesak si dia untuk melayan pertanyaan anda, kebarangkalian untuk membuat dia semakin marah dan muak dengan anda adalah tinggi. Anda harus pastikan jangan sesekali membiarkan si dia keluar rumah untuk mencari ketenangan. Hal ini kerana, bimbang si dia bertemu dengan wanita yang lebih memahami hatinya saat itu.
4. Sentiasa Beri Sokongan
Ketika si suami merajuk, mereka tidak akan mengendahkan anda sebagai tanda protes. Jika dia sedang menontot rancangan televisyen kegemarannya, duduk dan temannya tanpa berbicara sepatah pun. Walau tiada komunikasi antara anda dia tahu anda tetap kekal di sisi walau apa jua berlaku.
5. Ketahui Masa Yang Tepat Dan Sesuai
Sebaik sahaja berjaya mengembalikan senyuman si dia, adalah lebih elok duduk berbincang dalam keadaan yang tenang mengenai perselisihan faham tersebut. Jangan biarkan persoalan dibiarkan tergantung begitu sahaja. Berbincang dengan baik dan cuba selesaikan masalah bersama-sama.