Wahai Lelaki Bergelar Suami, Ini 5 Sikap Negatif Yang Patut Dielakkan

Dalam perhubungan suami isteri harus ada sikap saling bertoleransi dan juga memahami antara satu sama lain yang tinggi. Untuk kaum lelaki apabila akad nikah telah dilafazkan, itu bermakna anda `memiliki` isteri, sebaliknya ia lebih kepada anda berjanji untuk bertanggungjawab terhadapanya dalam susah mahupun senang.

Anda sewajarnya tahu bahawa ikatan perkahwinan in bukannya satu tiket untuk lelaki menindas wanita ataupun mengikat hidung mereka bagaikan lembu. Isteri juga ada hak untuk bersuara dan isteri berhak menegur suami jika si suami itu tersasar dari jalan yang benar.

  1. Malas Membantu

Sama sekali tidak mencuba sedaya upaya untuk memakmurkan rumah tangga! Si suami lebih mengharapkan istri dalam segala hal baik dari menjaga anak, menyiapkan makanan, mengemas rumah dan membasuh baju. Walaupun suami adalah ketua keluarga ini tidak bermakna suami boleh melepaskan tangan dalam hal ini. Harus diingatkan bahawa keharmonian rumah tangga terletak kepada bahu suami dan isteri.

2. Bersikap Dua Alam

Apa yang dimaksudkan dengan bersikap dua alam ini adalah sikapnya kat rumah lain, kat luar lain. Di rumah suami bagaikan singa dan garang terhadap si isteri dan anak-anak namun apabila di luar rumah berhadapan orang laim mereka menjadi sebaik-baik manusia. Sikap begini harus dikikis kerana ia boleh mempengaruhi kesihatan mental isteri dan anak-anak. Bayangkanlah jika membesar dengan bapa sebegini, perasaan benci dan juga marah pasti menjadi nanah yang akan memberi kesan negative terhadap sikap mereka.

3. Terlalu Ikut Kata Keluarga

Tidak dapat dinafikan ini sikap negatif yang menjadikan seseorang lelaki tidak layak mengetuai rumah tangga. Seorang lelaki memang patut mendahulukan keluarga yang mereka telah membesar daripada kecil, namun sebaik saja berkahwin dan memiliki kluarga sendiri sebagai suami, lelaki harus memberi perlindungan kepada keluarganya sendiri.

Jangan sesekali membiarkan ibu bapa atau adik beradik mempengaruhi anda untuk tidak bersikap adil terhadap keluarga sendiri. Apa sahaja perkara yang dilakukan harus dikongsi dan bawa berbincang bersama isteri. Jangan sesekali jadi lelaki seperti lalang.

4. Selekeh Dan Berbau

Seharusnya si suami jangan sesekali mengabaikan penampilan selepas berkahwin. Boleh dikata sebelum kahwin semuanya bersih dan elok sahaja, tetapi selepas kahwin semuanya terabai.  Anda seharusnya menitikberatkan aspek kebersihan jangan sampai tahap mulut dan badan berbau anda nak biarkan sahaja. Apa yang pasti kahwin bukanlah alasan untuk anda tidak menjaga kebersihan, kekalkanl penampilan agar sentiasa menarik. Ini adalah suatu yang disaranakan sekiranya anda seorang yang kuat merokok, rajinkan diri untuk memakai minyak wangi dan sentiasa mencuci mulut dengan produk penjagaan oral yang baik. Tetapi alangkah bagus kalau anda terus berhenti merokok.

5. Lemah Dan Mudah Berputus Asa

Apa yang pasti di sini seorang lelaki seharusnya ridak lemah menghadapi kehidupan dimana mereka haruslah bangkit untuk keluarga. Jika terdapat masalah yang berlaku, seorang suami harus menyelesaikannya dengan baik dan professional. Lelaki yang lemah dan mudah berputus asa juga tidak sesuai menjadi role model kepada anak-anak, bahkan mereka juga menjadi lambing seorang isteri yang tidak tahu menjadu tulang belakang suami.

Leave a Comment

Your email address will not be published.