Wahai Lelelaki, Ketahuilah Air Mata Wanita Bukan Tanda Dia Lemah

Selalunya golongan wanita yang sudah berkahwin da nada anak lebih suka memendam  perasaan daripada meluahkan masalah kepada suami. Bukan atas alas an tidak percaya tetapi risau kalau suami kecil hati dalam hubungan suami isteri.

Situasi sebegini agak berbahaya dimana kalau smapai satu tahap wanita sudah tak mampu nak pendam perasaan lagi.  Jadi adalah lebih baiknya sebelum ‘meletup’ eloklah kaum lelaki cuba memahami soal hati wanita secara perlahan-lahan.

Berikut 4 rahsia hati seorang isteri yang seharusnya seorang suami perlu ambil tahu:

  1. Tertekan Dengan Masalah Duit

Dengan isu ekonomi  pasda zaman ini, memang tidak pelik la kalau lelaki selalu pinjam duit bini kemudia buat-buat lupa.Sikap sebegini boleh menyebabkan wanita tawar hati dengan sikap suaminya. Silalah berusaha untuk memastikan dalam usaha melengkapkan nafkah dan bayar duit yang sudah dipinjam semula.  

2. Lelaki Suka Tengok Phone

Ini ujian ataupun satu cabaran bagi suami isteri pada zaman sekarang dimana segala jenis info di hujung jari. Kononnya urusan bisnes, tapi hakikatnya kalau sampai tahap 24 jam tengok phone? Tidak ke boleh buat wanita kecil hati, tambahan pula bila dah ada anak-anak.

3. Suami Berat Sebelah

Ada sesetengah lelaki tidak begitu mahir dalam bab-bab nak bergaul dengan ipar duai dan apa yang paling tak seronok wujudnya lelaki yang selalu dengar sebelah pihak apabila berlakunya salah faham dalam keluarga. Asyik pakai dan dengar cakap sebelah pihak, mana tak sedih kaum wanita. Silalah ubah dan berlaku adil.

4. Wujudnya Lelaki Yang Mengarah

Ini cerita contohnya suami yang nak minum air dan anak sedang menangis. Memanglah isteri kena dahulukan suami tetapi kalau sampai tak menang tangan nak buat semua kerja, agak-agaklah. Suami sepatutnya pandai la membaca situasi dan salami dunia mak-mak yang sama-sama keluar mencari rezeki. Suri rumah pun, kadang-kadang tak menang tangan.

Sebelum sesuatu keadaan menjadi lebih keruh,eloklah kaum lelaki sedar dan berubah demi masa depan anak-anak, Esok-esok anak juga ikut perangai mak ayahnya.

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.