Wahai Wanita, Kalau Jumpa Lelaki Suka Dengan Budak-Budak Jangan Ditolak Cintanya

Ciri-ciri lelaki soleh yang dimaksudkan? Berikut adalah beberapa ciri-ciri lelaki soleh yang ‘jangan’ ditolak sekiranya dia datang melamar anda:

  1. Baik Hubungannya Dengan Allah SWT

Hal ini dapat dilihat dari segi amal ibadahnya kepada Allah seperti solat 5 waktu dan melakukan amalan-amalan sunnah. Mereka yang memiliki peribadi seperti ini sentiasa ingin dekat dengan Allah dan akan menjauhi perkara-perkara yang dilarang. Sebagai contoh mereka akan menundukkan pandangan pada wanita dan menjaga pergaulannya dengan wanita.

2. Hubungan Baik Dengan Ibu Bapanya (terutama Ibu)

Mereka yang menjaga hubungan baik dengan ibunya dan selalu taat akan perintah ibu nescaya akan melakukan perkara sama terhadap isterinya kelak. Allah SWT berfirman :

Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapa.

(An-Nisa 4:35)

Hadis di atas menjelaskan bahawa seorang anak yang soleh adalah anak yang sentiasa menjaga hubungan dengan kedua-dua orang tua terutama insan yang melahirkannya.

3. Prihatin Terhadap Kanak-Kanak

Ciri yang ketiga adalah memiliki sifat keprihatinan dan ambil peduli terhadap anak-anak kecil. Apabila ternampak sahaja anak-anak kecil, secara semula jadi si dia akan menunjukkan keprihatinannya. Perasaan ini akan muncul tanpa disengajakan tetapi memang sudah sedia ada dalam dirinya. Hal ini sangat penting kerana mencari suami adalah sama mencari calon ayah bagi anak-anak anda kelak.

Maka pastikanlah lelaki itu mempunyai sifat suka akan budak-budak. Baginda Rasulullah SAW juga sangat mencintai anak kecil. Ketika pulangnya dari peperangan apabila terserempak dengan anak kecil baginda turun dari untanya dan memberi senyuman kepada anak kecil tersebut. Perkara ini menunjukkan baginda juga sangat prihatin terhadap kanak-kanak.

4. Baik Hubungan Sosial Dan Kemasyarakatan

Berumah tangga adalah proses yang lengkap iaitu dengan mempertemukan dua insan yang berbeza dari keluarga yang berbeza untuk kehidupan baru. Sudah menjadi seperti satu kewajipan setiap orang untuk hidup berumah tangga. Maka kemampuan dalam menjalin hubungan kemasyarakat adalah sangat penting yang harus dimiliki oleh suami.

Suami juga adalah ketua keluarga dan dialah yang harus membimbing isteri dan anak-anaknya kearah kemasyarakatan. Contoh baik hubungan sosial dan kemasyaraktan yang dimaksudkan adalah seperti pergaulan sesama jiran tertangga, rakan sepejabat dan orang sekeliling.

5. Pandai Mengurus Kewangan

Ya, wang memang bukan segala-galanya. Namun kegagalan dalam mengurus wang dengan baik akan menjurus kepada kehancuran. Kehancuran yang di maksudkan adalah seperti berlakunya perceraian dalam rumah tangga.

Kemampuan dalam mengurus wang atau kewangan dengan baik adalah kemampuan wajib yang mesti dimiliki oleh si suami. Baik hubungannya dengan wang bukan bererti seorang yang kaya raya. Si suami mestilah mampu mengendalikan wang dengan baik ( dari segi pengeluaran dan perbelanjaan demi penggunaan masa hadapan).

Kesimpulan :

Sedangkan Islam sendiri telah meletakkan panduan yang mulia dalam memilih calom suami. Rasulullah SAW bersabda:

Apabila datang kepadamu (untuk meminang) iaitu seorang yang kamu telah rela terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah (anak perempuanmu) dengannya, apabila tidak, maka akan terjadi fitnah dan kerosakan yang meluas di muka bumi.”

(HR. At Tirmidzi)

Hadis di atas menjelaskan  bahawa Rasulullah SAW menyeru agar mengutamakan moral dan agama dari faktor lainnya. Baginda berpesan jangan sampai berpaling daripadanya kerana ianya akan mengakibatkan kehancuran. Justeru, apa yang harus dilakukan sekiranya ada lelaki soleh melamar anda? Mahu menolak lamaran itu? Renung-renungkanlah.

Leave a Comment

Your email address will not be published.