Wanita Perlu Elak Sikap Ini Daripada Suami

Asam garam rumah tangga dan isteri mesti akan ada perselisihan faham antara satu sama lain. Dalam rumah tangga anda haruslah ada sifat bertolak ansur antara suami isteri.

Bagi wanita anda perlu tahu batas anda sebagai seorang isteri. Jangan bersikap sehingga boleh membuat suami anda tidak suka. Jom lihat di bawah ini ada atau tidak perangai seperti ini. Bahaya!

  1. Keras Kepala

Wanita yang keras kepala agak sukar dibentuk kerana mereka ini tidak mahu dengar cakap orang lain. Elakkan jika anda ada perangai ini!

2. Bercakap Kasar

Lelaki sangat tidak suka akan wanita yang bercakap kasar. Anda seharusnya tidak menimbulkan kemarahan suami dengan cara bercakap dengan nada yang lembut dengannya.

3. Tidak Bertanggungjawab

Mereka dikatakan tidak bertanggungjawab apabila selalu lepas tangan dan membiarkan tugasan yang sepatutnya diberi kepada suami. Dalam rumah tangga bekerjasama itu penting. Keluarga adalah tanggungjawab bersama.

4. Pentingkan Diri Sendiri

Mereka yang perangai sebegini selalunya tidak mengambil endah orang lain. Wanita sebegini hanya sibuk dengan keperluan diri sendiri sahaja sampai suami pun tak kisah. Jangan macam ini ok!

5. Suka Susahkan Keadaan

Mereka dianggap suka menyusahkan keaadaan apabila ingkar apa yang diberi. Jika untuk tujuan kebaikkan, patuhilah arahan suami anda. Jangan buat keadaan menjadi huru-hara.

6. Suka Cakap Bohong

Semua orang tidak suka apabila ditipu. Samalah seperti diri kita juga yang mana tidak suka ditipu orang. Oleh itu, elakkan terlalu berahsia sampai tahap sanggup berbohong.

Leave a Comment

Your email address will not be published.